Pendaftaran takaful ke Thailand secara online di hujung jari anda.
1. Sila pastikan maklumat kenderaan dan pengembara sebelum mengisi borang.
2. Pilih Pintu A jika melalui Wang Kelian, Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar. Pintu B untuk laluan Pengkalan Hulu, Durian Burung, Bukit Bunga, Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur.
3. Pintu A - Insurans boleh diambil di pejabat GoThai DotMy (Pekan Napoh) selepas menerima maklumat pemberitahuan "Insurans sudah sedia diambil" menerusi WhatsApp.
4. Jika anda ingin insurans dan dokumen perjalanan TM2, TM3 & TM6 dihantar, ianya akan mengambil masa 3 - 5 hari bekerja untuk sampai ke tangan anda.
5. Pintu B - Insurans dihantar melalui WhatsApp sahaja. Tiada pengeposan dokumen dilakukan.
6. Pembayaran Online sahaja diterima.
TIADA pembayaran diambil semasa mengambil dokumen di pejabat GoThai.
7. Sebarang urusan mengambil dokumen adalah mengikut waktu operasi seperti berikut:
Ahad - Khamis : 6.30 pagi - 10.00 malam
Jumaat - Sabtu : 6.00 pagi - 11.00 malam
8. Sila membuat makluman awal (WhatsApp) untuk pengambilan dokumen di luar waktu operasi seperti tertera di atas. Dokumen boleh diambil di peti dokumen di hadapan pejabat GoThai (Pekan Napoh).